Cinta buta, cinta mati,
cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di
sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang
itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta
mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin
bercinta dan ingin hidup seorang diri.
Tetapi, cuma satu sahaja
manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita
ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang
Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang .
Selama aku hidup..aku
dah merasakan cinta buta, cinta yang hampir mati, cinta gila...sampai aku leka
dan dibuai mimpi sampai aku tidur lena dan tak sedar sedar bahawa aku dialam
nyata...aku mencari cinta sejati yang kekal abadi...aku sentiasa mencari cinta
itu selagi aku bernafas..
Kini, pencarian ku
berakhir apabila aku menemui cinta sejati ku..iaitu cinta kepada Allah
s.w.t...Sebelum aku menyintai makhluk didunia ini, aku wajib menyintai Allah
terlebih dahulu, baru lah menyintai Rasullullah s.a.w keluarga ku dan bakal
suamiku serta makhluk di dunia ini...
Bila rasa kecewa, sakit
hati, sedih, marah, bila kita benar benar ikhlas dibalas dengan penipuan atau
salah faham yang tidak ada penyelesaian dengan ego masing masing buat aku lebih
tabah dalam harungi hidup di dunia ini.. Selain itu membuatkan aku lebih matang
dan berhati hati. Sesungguhnya aku letak kan qada dan qadar ku, ajal mautku,
serta jodoh ku kepada Mu ya Allah...aku redha dan pasrah...
Sukar untuk aku
gambarkan perasaan aku sekarang ini..jiwa aku tenang setenang
tenangnya...dengan ada surat dari mu ya Allah...Al quran....penghibur luka dan
lara hati ku....saat aku menangis...aku merenung kembali segala dosa dosa
ku...sesungguh nya aku tau...ini adalah sebahagian dari penghapus dosa dosa
ku...saat aku perlu kan kau...kau sentiasa berada disisi ku...saat aku gembira
kau sentiasa bersamaku dan aku bersyukur diatas segala sakit, sedih, kecewa dan
bahagia yang telah kau berikan padaku...terima kasih ya Allah...syukur
alhamdulillah.....
Oleh itu, renungkan dan
ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah
tidak akan pudar buat selam-lamanya. Sambil mengingatkan diri ku sendiri...insyallah....
AAN..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar